Malay Language
2025 Olimpik Kampung
On 25 July 2025, the Malay Language Unit organised and held a traditional Malay sports competition called Olimpik Kampung. This year the school is joined by three other schools, Pasir Ris Primary, Punggol Green Primary and Jurong West Primary. P1 to P6 students participated in different sports curated for the different levels. The objectives of this competition are to showcase the uniqueness of our students skills/ abilities, to instil/ develop the love of Malay Language and to provide a platform where students can interact, experience and display sportsmanship, and use Malay Language as a living language.
2020 Dwi Minggu Bahasa Ibunda
Dwiminggu Bahasa Ibunda di Sekolah Rendah Punggol View telah berlangsung pada 22 Jun hingga 3 Julai tahun ini. Maisarah dan Daeng, Rakan Bahasa kami tahun 2020 ini, telah membuat liputan ringkas tentang bengkel-bengkel yang telah dikendalikan untuk para pelajar darjah 1 hingga 5. Selamat menonton!
2019 Bengkel Waris Baca Cerita

Pada 30 Januari 2019, lebih daripada 100 waris dan murid-murid menghadiri sebuah bengkel teknik membaca yang dikendalikan oleh PGVP Unit Bahasa Melayu. Bengkel yang berjudul ‘Waris Baca Cerita’ itu telah dimuliakan oleh Setiausaha Parlimen Kanan Pendidikan, Dr Faishal Ibrahim, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu(MLLPC) dan telah dipaparkan dalam program Berita dalam saluran Suria.
Di bengkel tersebut, waris dan murid-murid dibimbing dengan cara-cara untuk memperbaiki kemahiran membaca dan bercerita mereka. Petua-petua membaca dan teknik-teknik bercerita yang menarik dikongsi dengan waris untuk memupuk kecintaan terhadap kegiatan membaca dalam diri anak-anak mereka. Bengkel itu direka berdasarkan siri bacaan popular, Nabil dan Nabilah, yang telah dikarang oleh guru-guru Bahasa Melayu Punggol View sendiri.
Siri bacaan itu, yang sarat dengan nilai-nilai murni dan ditulis dalam konteks Singapura, diterima dengan baik oleh waris dari serata Singapura. Buku-buku itu telah dilancarkan pada 7 Julai 2017 oleh Dr. Faishal, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pembangunan Keluarga di Canopy@J-Link. Siri bahan bacaan dalam bahasa Melayu untuk murid sekolah rendah, Nabil Nabilah, yang kini digunakan murid Darjah 1 hingga 4, akan diluaskan pula kepada murid Darjah 5 dan 6 bermula tahun 2021.
Malah siri buku cerita yang bertujuan memperkasa keupayaan bahasa Melayu kanak-kanak, akan turut diperkenalkan kepada murid-murid peringkat prasekolah, iaitu Tadika 1 dan 2. Buku-buku cerita Nabil Nabilah itu juga terdapat dalam versi online dan boleh anda dimuat turun secara percuma di laman MLLPC https://www.mllpc.sg/publications